Selasa, 30 Mei 2017

Senarai Nama-Nama Sasterawan Negara

Berikut Merupakan Nama-Nama dan Sedikit Pengenalan Diri Pemegang Sasterawan Negara Malaysia;

1. Sasterawan yang pertama di Malaysia pada tahun 1981 iaitu Kamaluddin Muhamad atau dikenali dengan nama penanya Keris Mas. Beliau telah dilahirkan di kampung Ketari, Bentong, Pahang pada 10 Jun 1922
Image result for kerismas
Sasterawan Negara yg Pertama di Malaysia



















2.Sasterawan Negara Ke-2 Malaysia, pada tahun 1982 iaitu Prof. Emeritus Dato' Dr.Shahnon Ahmad.  Beliau dilahirkan di Banggul Derdap, Sik, Kedah pada 13 Jannuari       1933.
Image result for shahnon ahmad
Sasterawan Negara Malaysia yang ke-2


















3.Sasterawan Negara Ke-3 Malaysia pada tahun 1983, iaitu Datuk Dr. Usman Awang atau nama-nama penanya yang termasyhur dikenali dengan  Tongkat Warrant, Adi Jaya, Atma Jiwa, Setiabudi. Beliau dilahirkan pada tanggal 12 Julai 1929 di kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. 

Image result for usman awang
Sasterawan Negara yang Ke-3 


















4.Sasterawan Negara Malaysia yang Ke-4 pada tahun 1986 iaitu Datuk Dr. A. Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad bin Muhammad Said. Beliau dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. 
Image result for a samad said
Sasterawan Negara yg Ke-4


















5.Sasterawan Negara yang Ke-5 pada tahun 1988, iaitu Muhammad Dahlan bin Abdul Biang atau lebih dikenali dengan nama penanya Arena Wati. Beliau dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Kalumpang, Kabupaten Jeneponto, Makasar, Indonesia di tengah-tengah keluarga yang banyak terlibat dengan laut.
Sasterawan Negara yg Ke-5



















6.Sasterawan Negara yang Ke-6 pada tahun 1991iaitu  Prof. Dr. Muhammad Hj Salleh. Beliau telah dilahirkan pada 26 March 1942 di Taiping, Perak.
Sasterawan Negara yg Ke-6


















7.Sasterawan Negara yang Ke-7 pada tahun 1993, iaitu Datuk Noordin Hasan. Beliau dilahirkan pada 18 Jannuari 1929 di Jalan Hatin, Pulau Pinang.
Sasterawan Negara yg Ke-7




















8.Sasterawan Negara yang Ke-8 pada tahun 1996, iaitu Datuk Abdullah Hussain. Beliau dilahirkan pada 25 March 1920 di Sungai Dalam, Yan, Kedah.
Sasterawan Negara yg Ke-8


















9.Sasterawan Negara yang Ke-9 pada tahun 2001, iaitu S. Othman Kelantan atau Dr. Syed Othman Syed Kelantan. Beliau dilahirkan di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan pada 31 Disember 1938.
Sasterawan Negara yang Ke-9



















10.Sasterawan Negara yang Ke-10 pada tahun 2009, iaitu Dato' Anwar Ridhwan. Beliau dilahirkan pada 5 Ogos 1949 di Parit Satu Timur, Sungai Besar, Selangor.
Sasterawan Negara Yang Ke-10


















11.Sasterawan Negara yang Ke-11 pada tahun 2012, iaitu Datuk D.r Ahmad Kamal Abdullah (Kemala). Penulis ini dilahirkan pada 30 Jannuari 1941 di kampung Gombak, Selangor.
Sasterawan Negara yang Ke-11


















12.Sasterawan Negara yang Ke-12 pada tahun 2013, iaitu Datuk Baha Zain. Beliau dilahirkan di Batu 15, Hutan Melintang, Perak pada 22 Mei 1939.
Sasterawan Negara yg Ke-12


















13.Sasterawan Negara yang Ke-13 pada tahun 2016, iaitu Datuk Dr. Zurinah Hassan atau lebih dikenali dengan nama pena Haniruz, beliau merupakan Wanita Pertama Malaysia yang dianugerahi Sasterawan Negara. Penulis wanita ini dilahirkan di Bakar Bata, Alor Setar, Kedah pada 13 Jun 1949. 
Setinggi-tinggi taniah diucapkan kepada Sasterawan Wanita Petama Nagara
Datuk Dr. Zurinah Hassan 























Sabtu, 6 Mei 2017

"Inspirasi Pena Menjadi Warna & Lambang Pada Kebebasan Jiwa..."

"Inspirasi Pena Menjadi Warna & Lambang pada Kebebasan Jiwa..."

Cinta Sampai Syurga..


Assalamualaikum dan salam sejahtera semanis kata pembuka bicara ini dimulai dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi setelah sekian lama memendam hasrat akhirnya dapat juga blog ini dihasilkan. Segalanya ini tidak akan terbina tanpa dorongan suami tercinta iaitu Muhammad Afiq bin Khairil Anuar yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan tunjuk ajar. Kewujudan blog ini lebih terarah kepada bidang sastera seperti ulasan karya, puisi-puisi, biografi para sasterawan juga tokoh terkemuka, dan seiring denganya juga. Sungguhpun begitu, pengisian blog juga akan melibatkan perkongsian isu semasa. Semoga dengan adanya blog ini dapatlah kiranya kita bersama-sama mengenal atau berkongsi ilmu mengenai penulisan-penulisan hebat dari tokoh terkemuka dalam masa yang sama dapat mengambil manfaat daripadanya.

   Selain itu, terdapat juga sedikit sebanyak mengenai pengalaman yang bakal kami kongsikan kepada para pembaca menerusi blog suami saya damakinderasakti.blogspot.my . Pengisiannya lebih kepada aktiviti-aktiviti  yang kami gemari sejak dahulu lagi seperti memancing, mendaki bukit, mengembara, berbasikal, dan sebagainya lagi. Semoga dengan wadah ini segala kenangan yang bakal dilalui dapatlah kami coretkan sebagai kenangan dan ingatan dan semoga ianya bermanfaat juga buat semua.

Resipi Tok

Kini bermula cuti semester ramai pelajar telah mengusung beg bagasi masing-masing untuk pulang ke kampung halaman. Jika mereka ini bercuti...