"Inspirasi Pena Menjadi Warna & Lambang pada Kebebasan Jiwa..."
![]() |
Cinta Sampai Syurga.. |
Assalamualaikum dan salam sejahtera semanis kata pembuka bicara ini dimulai dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi setelah sekian lama memendam hasrat akhirnya dapat juga blog ini dihasilkan. Segalanya ini tidak akan terbina tanpa dorongan suami tercinta iaitu Muhammad Afiq bin Khairil Anuar yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan tunjuk ajar. Kewujudan blog ini lebih terarah kepada bidang sastera seperti ulasan karya, puisi-puisi, biografi para sasterawan juga tokoh terkemuka, dan seiring denganya juga. Sungguhpun begitu, pengisian blog juga akan melibatkan perkongsian isu semasa. Semoga dengan adanya blog ini dapatlah kiranya kita bersama-sama mengenal atau berkongsi ilmu mengenai penulisan-penulisan hebat dari tokoh terkemuka dalam masa yang sama dapat mengambil manfaat daripadanya.
Selain itu, terdapat juga sedikit sebanyak mengenai pengalaman yang bakal kami kongsikan kepada para pembaca menerusi blog suami saya damakinderasakti.blogspot.my . Pengisiannya lebih kepada aktiviti-aktiviti yang kami gemari sejak dahulu lagi seperti memancing, mendaki bukit, mengembara, berbasikal, dan sebagainya lagi. Semoga dengan wadah ini segala kenangan yang bakal dilalui dapatlah kami coretkan sebagai kenangan dan ingatan dan semoga ianya bermanfaat juga buat semua.
Tahniah isteriku kerana berjaya membina blog sendiri. Abang doakan sayang berjaya dalam bidang yang sayang minati ini. :)
BalasPadamterima kasih sayang.. berkat doa sayang akan membuatkan segalanya menjadi lebih mudah.
Padam