Kini bermula cuti semester ramai pelajar telah mengusung beg bagasi masing-masing untuk pulang ke kampung halaman. Jika mereka ini bercuti tidak terkecuali lah saya pun akan bercuti juga. Maklumlah saya kan berniaga makanan untuk mereka. Hahahaha seronok lah pulak😜. Sambung semula dengan tujuan cerita, jadi sempat saya pulang ke kampung di Terengganu, Bukit Payung rumah tok suami saya untuk berbuka puasa di sana. Sewaktu menolong masak di dapur, sempat juga tercatat di dalam memori saya tentang resipi tok yang sangat sedap untuk dinikmati bersama-sama iaitu ketupat pulut sotong dan gulai ikan kaci. Tok ada berpesan jika mahu rasa ketupat sotong yang sedap lagi, pilih sotong yang lebih besar saiznya baru terasa puas makan isi pulutnya bersama sotong. Jadi, bolehlah kita semua mencubanya dengan resipi di bawah ini.
KETUPAT SOTONG
Bahan-bahannya :
10 ekor Sotong yang besar saiznya
Beras pulut buat anggaran sahaja bersama 10 ekor sotong.
10 batang lidi (pengcungkil gigi)
500 gm santan pekat
Sebatang serai (diketuk)
Sebiji bawang besar
2 biji bawang putih
Seinci halia
Sedikit halba
Sedikit garam, gula, dan perasa.
Cara Memasak :
- Rendam beras pulut seketika. Cuci bersih sotong dan buang kulitnya (supaya kuah tidak berubah menjadi warna merah).
- Masukan beras pulut yang direndam ke dalam perut sotong. (Jangan berlebihan sangat beras pulut, takut perut sotong pecah semasa santan menggelegak.)
- Setelah beras pulut dimasukkan, sumbat pula kepala sotong dan sematkan dengan batang lidi.
- Masak Santan dengan api sederhana dan masukan kan serai yang diketuk.
- Hiriskan nipis bawang besar, bawang putih, halia dan masukan ke dalam santan.
- Masukan sedikit halba kacau sebati.
- Masukan sotong sumbat dengan beras pulut tadi.
- Kacau kuah supaya santan tidak pecah sehingga masak. Perasakan juga dengan garam, gula dan perasa dengan secukup rasa.
Ingin juga saya kongsikan gulai ikan kaci yang sering juga tok masak bersama-sama saya. Antara bahan-bahannya;
GULAI IKAN KACI
Seekor ikan Kaci
500 gm santan pekat
Secawan Air
Sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
Seinci halia
2 senduk cili blender
1/2 peket rempah cap bunga ros
Asam keping
4 helai daun kesom (tiada pun tidak mengapa)
Cara Memasak :
- Cuci ikan kaci dengan bersih dan potong empat bahagian
- Blend bawang besar, bawang putih, halia.
- Masak santan dengan api sederhana dan masukan bahan blender tadi serta cili blender. Kacau rata.
- Setelah itu masukan rempah cap bunga ros setengah peket.
- Setelah kuah agak mendidih masukan ikan kaci, kacau bahagian atas kuah supaya santan tidak berketul.
- Kemudian masukan asam keping, garam, gula, dan sedikit perasa. Kacau sekali sekala biar ia masak sehingga pecah minyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan